Tuesday, November 25, 2008

My New Buddy..

Its Samsung SGH-F330 handphone as a birthday present from dearest hubby. Btw, yesterday was my birthday. Besides the "new buddy", I got a bunch of red roses and a birthday card from my kids. I'm very flattered....Syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usiaku ini dan diberi limpahan rezeki dan kebahagiaan kepadaku dan keluarga. Just a reminder for myself..
"...Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah (SAW). Bimbinglah dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan degannya. Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milik mu..."
Ok peeps, till then, wish me luck for my final exams tomorrow. Fyi, tomorrow also my 10th wedding anniversary!!!
Ta.... ta... tii.ttii ... tuu. tuuu

Monday, November 24, 2008

Online Shopping

For those who still has the inch to shop virtually, do drop by at http://shoppingqueen78.blogspot.com/ NOW !!. Its worth every single visit. By the way, crocs do offer online shopping annnddd....... its FREE shipping within Malaysia!! Enjoy shopping!

Thursday, November 20, 2008

Jiwa kacau..

Have you ever come on a situation where you don't want to take certain action, but for the sake of your responsibilities towards your job, you must do it and at the end of the day, you feel very bad and guilty. It always happend to me while conducting a child cases. I dont't want to send them to Homes (i.e Rumah Kanak-Kanak, Sekolah Tunas Bakti, Asrama Akhlak or Henry Gurney) Sungguh sedih melihat kanak-kanak terpaksa berpisah dengan keluarga mereka. Tapi adakalanya ..."For the best interest of the child " , terpaksa berbuat demikian. Its very tough to handle child abuse cases than juvana cases which is straight forward. Lepas dapat charge sheet dari pihak polis, buat siasatan dan tender laporan akhlak di Mahkamah. While, kes-kes dera ni remeh sikit..
Semalam ada pasangan suami isteri, datang bertemu bunga urusan anak angkat, katanya. Ingatkan nak memohon anak angkat, tapi rupa-rupanya nak pulangkan balik anak angkat kepada JKM. Hello.. budak tu patung ke apa?? Budak tu tak ada perasaan kee?? You dah jaga dia bertahun-tahun, budak tu dah merasai kasih sayang, lepas tu you nak hantar balik. I tak boleh terima benda-benda macam ni, walaupun dari segi peraturan, dibenarkan oleh JKM. Kesian budak tu okay..! Kenapalah masyarakat zaman sekarang macam ni?? Kepada sesiapa yang terbaca blog ini, kalau anda semua berkesempatan, lawatilah kanak-kanak yang ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak, anda akan melihat sendiri betapa ramainya bayi, kanak-kanak yang memerlukan belaian dan sentuhan anda..

Tuesday, November 18, 2008

Menyapu Sawang..

Maaf kerana lama tidak meng"update" blog ini. Seperti biasa, bebanan tugas harian di pejabat, peperiksaan kenaikan pangkat, kenduri kendara, hantar my sis pergi menunaikan haji, siapkan assignments dll urusan rumahtangga yang tidak pernah selesai. Semput makcik ok! La ni dah cuti sekolah pulak, anak-anak sibuk menagih janji. Insyaallah, our clan will be going abroad soon..
Pagi ni terima satu panggilan dari Balai Polis Merlimau, rujuk satu kes kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun (Melayu ok?) yang didakwa dijual oleh ibu kandungnya sendiri kepada seorang "bapa ayam". Kanak-kanak semuda itu telah dilacurkan demi kepentingan peribadi si ibu. Insan yang bergelar lelaki yang mer*golnya juga tidak berperikemanusiaan. Subhanallah...ada juga seorang ibu yang kejam dan zalim seperti itu. Bunga tak boleh terima, malah masyarakat di luar sana pun tidak boleh menerima perbuatan terkutuk ini. Sedih, tak sanggup untuk melihat kanak-kanak tersebut, tak dapat nak membayangkan kesengsaraan, penderitaan yang ditanggung oleh insan sekecil ini. Walau apa pun, bunga terpaksa gagahkan juga, demi tugas dan tanggungjawab untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dan pemeliharaan...
Psst..psst... ada satu berita gembira yang hendak diumumkan. I am now "baking" ...!! Yes people, yours truly is pregnant!!. Nearly six weeks..

Wednesday, October 29, 2008

"Tingkat Empat"

Walaupun menjadi seorang isteri kepada penggiat politik, sejujurnya bunga tidak berapa gemar mengikuti perkembangan politik masakini. Sebagai penjawat awam, bunga terikat dengan peraturan-peraturan yang melarang kami memihak kepada mana-mana parti politik. Namun, bahang pemilihan calon parti makin terasa. Pelbagai isu yang timbul, sengaja ditimbulkan dan macam-macam lagi dengan harapan dapat menjadi juara. Tertarik dengan isu "Tingkat Empat" yang diutarakan oleh Ayahanda Tun, bukan semua lulusan Oxford dan Cambridge mempunyai pengalaman yang mendalam dalam pentadbiran, politik dan ekonomi negara. Justeru itu, tak kira siapa pemimpin kita selepas ini, bunga amat sangat berharap agar jangan sampai pisang berbuah dua kali!! Btw, do you know who is "Tingkat Empat"? Cuba teka..

Tuesday, October 28, 2008

Lambaian Tuhan

""....Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Allah hendak memberikan kita pelangi.. Allah tidak akan menduga umatNya melainkan Dia tahu umatNya kuat untuk menempuh dugaan tersebut"
Moga Allah permudahkan segala urusanku bagi menyahut lambaianNya satu hari nanti, insyaallah.

Relief

All back to normal..anak-anak mula ke sekolah hari ini setelah "bercuti" sekian lamanya akibat diserang chickenpox. 3 of them infected at the same time... just imagine how terrible my life this past few days. Anyway, alhamdulillah its over and I feel relief, not just because of the kids, but also with the auditors. Sekarang baru boleh concentrate on my mid-term exam this coming Saturday.
Talking about exam, I should say BIG thank you to Mr Mohd Amin b. Mohamad who understand us(the adult learners) for extending the due date of our assingment to T5. I haven't started it yet, actually. But, with my smart time management, insyaalah I can finished it in time.
Hey, do you realize that the world is getting smaller?? Yes, I do!. Just with a click or a phone call, you can get in touch with your friends or even your business partner all around the world. The communication network available today gives us the opportunity to send and receive information, attending a meeting without having to spend too much time and money. With this network, I found my old friend who are now staying at Nebraska...

Sunday, October 19, 2008

Hectic..

I am super duper bz tahap gaban la ni. Audit MS ISO from SIRIM will come to my office this coming thursday. So, to the auditors...Wellcome to Melaka... "Melawat JKMN Melaka Bersejarah means melawat JKM Malaysia"!! Moving on to our family vacation end of this year, tak sabar rasanya nak bershopping sakan di sana. All booked already by dearest hubby.

Thursday, October 16, 2008

Santapan Buat Suami

Sudah agak lama juga bunga tidak menyediakan hidangan istimewa untuknya memandangkan dia jarang berada di rumah. Ada hikmahnya juga pemilihan calon parti ditunda hingga bulan Mac 2009. Dapatlah dia berehat sekejap di rumah bersama anak-anak. Nak masak apa ya..?? Teringat akan resepi Kak Liza. Selamat memasak ya puan-puan sekalian..!!

Tuesday, October 14, 2008

Herbalife vs kerja

Bentuk badan yang menarik menjadi idaman setiap wanita. Justeru itu Herbalife boleh membantu anda mendapat bentuk badan yang diinginkan. It really works on me. Trust me. Wanita yang bekerjaya, banyak kerja sehingga terabai waktu makan, amatlah sesuai dengan produk ini. Moving on, so much work must be done today, all the reports, assignments, responding to all letters, statistics etc. Semput ok. Tak sempat berjumpa dengannya (you know who you are!) . Btw, Happy Birthday to my best friend OGY. Ok, see ya.

Monday, October 13, 2008

What's Your Name's Hidden Meaning?

Nur H*zl*n Means...

"You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people. You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts. You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.
You are very lucky person. Things just always seem to go your way. And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life. You're sometimes a little guilty of being greedy. Spred your luck around a little to people who need it. You are...."
Come, lets try this quiz. Good luck!
Btw, yesterday we met, finally after ages... Dia masih seperti dulu. Sukar nak gambarkan perasaan ketika itu. Suka, gembira sangat, sedih, keliru .. Kenapa ya..??Anyway, kepada insan berkenaan, bunga nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana masih lagi sudi mengingati persahabatan kita. Insyaallah, kalau panjang umur kita akan bertemu lagi.
Bunga ke Penjara Kajang hari ini. Bertemu seorang pesalah juvana di sana. Sedih dan hibanya rasa hati melihat seorang kanak-kanak tinggal di situ. Bukan kehendak dia memilih jalan hidup sedemikian, bukan itu yang dia mahu. Dia tidak sepatutnya berada di situ. Di manakah ibu bapanya?? Kenapa membiarkan darah daging sendiri menjalani kehidupan seorang diri?? Dia tiada sesiapa, kecuali seorang adik kandung yang kini berada di Rumah Kanak-Kanak. Kedua ibu bapa menghilangkan diri, malah dia sendiri tidak mengenali kedua ibu bapanya. Dia dibesarkan dari satu tangan ke satu tangan... Itu antara satu dari seribu satu macam permasalahan yang dihadapi oleh seorang insan yang masih bergelar KANAK-KANAK.

Sunday, October 12, 2008

Salam Eid Mubarak.

Maaf kerana lama tidak bertemu... Hambatan tugas yang amat, baik di tempat kerja, mahupun di rumah menyebabkan bunga tidak berkesempatan meng"update" blog ini. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari bunga sekeluarga walaupun kini sudah mencecah hari ke 13 kita berada di bulan Syawal yang mulia ini. Pagi ini bunga dikejutkan dengan satu panggilan dari seorang insan yang telah lama tidak berjumpa dan telah lama tidak didengar khabar berita darinya, seorang insan yang pernah bertahta di hati ini. Katanya ada urusan di Melaka, lantas menyuarakan hasrat untuk bertemu bunga... Atas dasar persahabatan, bunga tidak dapat mengelak. Teringat zaman dulu-dulu... zaman bunga sama seperti iza .

Monday, September 22, 2008

Perlukah "Bibik"??

Semalam bunga keletihan yang amat selepas seharian bekerja. Tidurkan si kecil sehingga menyebabkan bunga terus tertidur sekali. Nasib baik terjaga jam 4 pagi. Baju sekolah anak-anak belum di seterika, belum masak untuk sahur, belum packing bag anak-anak ke Pusat jagaan, belum itu, belum ini.. Mana taknya... sampai aje kat rumah terus lagi bekerja tanpa henti dan melayan putera puteri seramai 4 orang. Dalam sehari bunga hanya dapat berehat selama 4 jam sahaja; 20 jam bekerja tanpa henti. 4 jam yang tinggal itu juga digunakan untuk membelek-belek buku-buku pelajaran... Inilah rutin seharian bunga... sebagai pekerja, sebagai suri, sebagai ibu, sebagai anak dan sebagai pelajar. Ikutkan rasa hati, hendak saja dapatkan bibik. Tapi banyak yang bunga dengar tentang pengalaman rakan-rakan yang menggunakan bantuan bibik di rumah. Ini semua buatkan bunga rasa serba salah.. Sekarang ni kos mengambil pembantu rumah pun sudah naik . Mahu tak mahu, inilah pengorbanan yang tulus dari seorang suri yang terpaksa ditanggung...

Sunyi...

Saban hari ditinggalkan bersendirian dek kerana sibuk berpolitik. Setiap malam...Sedar-sedar terdengar dengkuran sang suami di sisi. Tidak tergamak mengejutnya tatkala hendak keluar ke tempat kerja keesokan hari kerana aku pasti dia masih lagi letih dan mengantuk. Anak-anak seakan faham dengan keadaan dan kesibukan si ayah. Agak pelik bagi mereka jika si ayah ada di rumah...? Itulah hakikat yang perlu ditanggung oleh si isteri seorang ahli politik...