Monday, September 22, 2008

Perlukah "Bibik"??

Semalam bunga keletihan yang amat selepas seharian bekerja. Tidurkan si kecil sehingga menyebabkan bunga terus tertidur sekali. Nasib baik terjaga jam 4 pagi. Baju sekolah anak-anak belum di seterika, belum masak untuk sahur, belum packing bag anak-anak ke Pusat jagaan, belum itu, belum ini.. Mana taknya... sampai aje kat rumah terus lagi bekerja tanpa henti dan melayan putera puteri seramai 4 orang. Dalam sehari bunga hanya dapat berehat selama 4 jam sahaja; 20 jam bekerja tanpa henti. 4 jam yang tinggal itu juga digunakan untuk membelek-belek buku-buku pelajaran... Inilah rutin seharian bunga... sebagai pekerja, sebagai suri, sebagai ibu, sebagai anak dan sebagai pelajar. Ikutkan rasa hati, hendak saja dapatkan bibik. Tapi banyak yang bunga dengar tentang pengalaman rakan-rakan yang menggunakan bantuan bibik di rumah. Ini semua buatkan bunga rasa serba salah.. Sekarang ni kos mengambil pembantu rumah pun sudah naik . Mahu tak mahu, inilah pengorbanan yang tulus dari seorang suri yang terpaksa ditanggung...

Sunyi...

Saban hari ditinggalkan bersendirian dek kerana sibuk berpolitik. Setiap malam...Sedar-sedar terdengar dengkuran sang suami di sisi. Tidak tergamak mengejutnya tatkala hendak keluar ke tempat kerja keesokan hari kerana aku pasti dia masih lagi letih dan mengantuk. Anak-anak seakan faham dengan keadaan dan kesibukan si ayah. Agak pelik bagi mereka jika si ayah ada di rumah...? Itulah hakikat yang perlu ditanggung oleh si isteri seorang ahli politik...