Tuesday, November 18, 2008

Menyapu Sawang..

Maaf kerana lama tidak meng"update" blog ini. Seperti biasa, bebanan tugas harian di pejabat, peperiksaan kenaikan pangkat, kenduri kendara, hantar my sis pergi menunaikan haji, siapkan assignments dll urusan rumahtangga yang tidak pernah selesai. Semput makcik ok! La ni dah cuti sekolah pulak, anak-anak sibuk menagih janji. Insyaallah, our clan will be going abroad soon..
Pagi ni terima satu panggilan dari Balai Polis Merlimau, rujuk satu kes kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun (Melayu ok?) yang didakwa dijual oleh ibu kandungnya sendiri kepada seorang "bapa ayam". Kanak-kanak semuda itu telah dilacurkan demi kepentingan peribadi si ibu. Insan yang bergelar lelaki yang mer*golnya juga tidak berperikemanusiaan. Subhanallah...ada juga seorang ibu yang kejam dan zalim seperti itu. Bunga tak boleh terima, malah masyarakat di luar sana pun tidak boleh menerima perbuatan terkutuk ini. Sedih, tak sanggup untuk melihat kanak-kanak tersebut, tak dapat nak membayangkan kesengsaraan, penderitaan yang ditanggung oleh insan sekecil ini. Walau apa pun, bunga terpaksa gagahkan juga, demi tugas dan tanggungjawab untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dan pemeliharaan...
Psst..psst... ada satu berita gembira yang hendak diumumkan. I am now "baking" ...!! Yes people, yours truly is pregnant!!. Nearly six weeks..

No comments: