Wednesday, October 29, 2008

"Tingkat Empat"

Walaupun menjadi seorang isteri kepada penggiat politik, sejujurnya bunga tidak berapa gemar mengikuti perkembangan politik masakini. Sebagai penjawat awam, bunga terikat dengan peraturan-peraturan yang melarang kami memihak kepada mana-mana parti politik. Namun, bahang pemilihan calon parti makin terasa. Pelbagai isu yang timbul, sengaja ditimbulkan dan macam-macam lagi dengan harapan dapat menjadi juara. Tertarik dengan isu "Tingkat Empat" yang diutarakan oleh Ayahanda Tun, bukan semua lulusan Oxford dan Cambridge mempunyai pengalaman yang mendalam dalam pentadbiran, politik dan ekonomi negara. Justeru itu, tak kira siapa pemimpin kita selepas ini, bunga amat sangat berharap agar jangan sampai pisang berbuah dua kali!! Btw, do you know who is "Tingkat Empat"? Cuba teka..

No comments: