Sunday, October 12, 2008

Salam Eid Mubarak.

Maaf kerana lama tidak bertemu... Hambatan tugas yang amat, baik di tempat kerja, mahupun di rumah menyebabkan bunga tidak berkesempatan meng"update" blog ini. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari bunga sekeluarga walaupun kini sudah mencecah hari ke 13 kita berada di bulan Syawal yang mulia ini. Pagi ini bunga dikejutkan dengan satu panggilan dari seorang insan yang telah lama tidak berjumpa dan telah lama tidak didengar khabar berita darinya, seorang insan yang pernah bertahta di hati ini. Katanya ada urusan di Melaka, lantas menyuarakan hasrat untuk bertemu bunga... Atas dasar persahabatan, bunga tidak dapat mengelak. Teringat zaman dulu-dulu... zaman bunga sama seperti iza .

No comments: